
Gelombang baharu kontroversi melanda empayar gelap Mafia KorporaVictor Chin Boon Long apabila beberapa tokoh utama NexG Berhad (dahulunya Datasonic) bertindak meletak jawatan secara mengejut – satu tamparan terbuka terhadap taikun yang digelar “Mafia Korporat Malaysia”.
Antara yang meletak jawatan:
- Tan Sri Dato’ Seri Mohd Khairul Adib Abdul Rahman – Timbalan Pengerusi & proksi kesayangan Victor Chin Boon Long
- Datuk Puvanesan A/L Subenthiran
- Datuk Zainal Abidin Abu Hassan
- Dato’ Sri Mohd Sopiyan Mohd Rashdi

Peletakan jawatan serentak ini bukan lagi “rombakan biasa”. Ia adalah isyarat kejatuhan NexG di bawah pengaruh Victor Chin.
REALITINYA: TAN SRI KHAIRUL ADIB MASIH PROKSI VICTOR CHIN
Walaupun meletak jawatan, Khairul Adib masih berpengaruh. Beliau kekal sebagai pemegang saham utama NexG melalui dua kenderaan korporat milik Victor Chin atas nama Khairul Adib:
- Kuantum Juang Sdn Bhd
- Skyelimit Alliance Sdn Bhd

Kuantum Juang dulunya dikaitkan dengan proksi anak Tan Sri Muhyiddin Yassin (Datuk Fakhri Yassin melalui Datuk Safian Mohd), kini sepenuhnya berada dalam genggaman Victor Chin. Semua ini hanyalah pertukaran wajah – boneka ditukar, dalang kekal.
Sehingga 9 september Tan Sri Adib memiliki 10.99% atau 371,000,000 saham secara langsung dan tidak langsung. Beliau juga memperoleh sebanyak 291,357,750 waran kumpulan, mewakili 20.9% daripada jumlah waran terbitan NexG.

Pada tahun 2023, dunia korporat dikejutkan oleh pendedahan Tan Sri Mohd Khairul Adib, bekas Ketua Setiausaha (KSU/KPPA) memiliki kepentingan besar dalam HS Green Valley Sdn Bhd — anak syarikat Hong Seng Consolidated Bhd (Ah long mafia korporat). Melalui syarikat tersebut, beliau memegang 43.3 juta unit saham Classita Holdings Berhad, dengan nilai anggaran melebihi RM6.4 juta.

Apa yang menarik, pemilikan ini hampir tidak terhidu umum. Ia hanya terbongkar selepas Madam Chan Swee Ying, isteri kepada tokoh mafia korporat Victor Chin Boon Long, menjual keseluruhan kepentingan keluarga mereka dalam Classita kepada Hong Seng. Transaksi itu membuka rahsia — wujudnya bekas penjawat awam tertinggi dalam jaringan korporat yang dikuasai Victor Chin.
Kini beliau berkuasa dan menjadi tangan kepada Victor Chin Boon Long dalam NexG Bhd
Persoalan besar kini timbul:
Bagaimana seorang bekas KSU kerajaan, yang bersara pada Januari 2022, mampu memegang aset bernilai jutaan ringgit dalam tempoh singkat?
Hanya sebulan selepas bersara, pada 7 Februari 2022, Tan Sri Adib dilantik sebagai Pengerusi MMAG Holdings — sebuah lagi entiti yang berada dalam orbit kawalan Victor Chin. Pelantikan pantas ini menimbulkan syak wasangka memandangkan Victor Chin berjaya merampas syarikat M Jets International Sdn. Bhd pengendali Kargo Xpress asalnya milik M Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming. Tan Sri Adib juga bekas Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Lembaga Pengarah Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sebagai ‘kabel’ besarnya untuk akses lesen penerbangan dan gangguan dari CAAM serta projek MAHB dan Malaysia Aviation Group (MAG)
MMAG Holdings pernah diklasifikasikan sebagai syarikat di bawah Guidance Note 3 (GN3) kerana isu kewangan tertentu.
Namun, kemudian MMAG memperoleh pengecualian (waiver) daripada Bursa Malaysia supaya tidak diklasifikasikan sebagai “affected listing company” di bawah GN3

OPERASI “CUCI DUIT” – SKANDAL JUAL SYARIKAT INNOV8TIF RM40 JUTA
Tidak lama selepas menguasai NexG, Victor Chin mengulangi modus operandi sama seperti di Green Packet, MMAG, Classita (Caely), Revenue Group dan Hong Seng – menggunakan syarikat tersenarai untuk membeli aset miliknya sendiri pada harga melambung.
Victor Chin memanipulasi syarikat yang dibelinya Innov8tif Holdings Sdn Bhd kemudian menjual semula kepada syarikat senarai awam yang dikuasainya.
- Asal: RM17.5 juta (dijual Green Packet ➝ Hong Seng ➝ Revenue Group)
- Harga diangkat: RM36 juta
- Dijual kepada NexG: RM40 juta
- Semua urusan dikawal oleh orang kepercayaannya: Francis Leong Seng Wui

Selain isteri Victor Chin, Chan Swee Ying, Francis Leong Seng Wui adalah orang penting disebalik semua pengambilalihan dan penjualan syarikat dalam rajah di atas. Selepas merampas Revenue Group Leong Seng Wui diberi peranan penting dalam Hong Seng Consolidated Bhd. Terbaru Francis Leong Sui Wui terlibat dalam perampasan syarikat South Malaysia Industries Bhd yang kini menjadi pertikaian di mahkamah.
The Edge pernah melaporkan pada november 2024 isu Innov8tif Holdings Sdn Bhd namun apa tindakan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia? Manipulasi dan salahguna kuasa oleh Victor Chin namun dia kekal selamat.

Sumber terbaru mendedahkan Francis Leong Sui Wui kini ditahan pihak berkuasa.
Bagi membersihkan NexG Bhd Victor Chin membawa masuk orang kanannya Jorrine Ang bekas CFO syarikat Victor Chin dan menukar setiausaha syarikat mafia korporat kepada Tan Tong Lang. [Terkini Tan Tong Lang letak jawatan]. Supaya senang nak cuci duit dan manipulasi saham.

Laporan juga telah dibuat kepada SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tentang penyelewengan ini tetapi seperti biasa – sunyi tanpa tindakan.

ISTERI VICTOR CHIN DAN SYARIKAT CHINA: GERAKAN JUAL ASET?
Mac 2025, isteri Victor Chin, Madam Chan Swee Ying, menjual 9.53% saham MMAG kepada NexG, menjadikan NexG pemegang saham utama MMAG. Permainan pindah untung dan kawalan terus berlaku secara terbuka.

Mei 2025 – muncul cadangan lebih berbahaya- Kerjasama dengan syarikat pelaburan China: LUN Partners Financial Limited (LPF), kononnya bagi tujuan pengkomersialan teknologi NexG di peringkat global. Namun di belakangnya, wujud kebimbangan serius:
“Apakah data sulit rakyat dan syarikat Malaysia bakal diserah kepada entiti asing?”
Syarat pelaburan LUN Partners Financial Limited (LPF) ialah mereka mesti mempunyai saham dalam NexG Bhd. NexG Bhd merupakan pembuat MyKad, Passport, kad pengenalan tentera dan dokumen rahsia negara. Pastinya berbahaya.
Cadangan ini akhirnya terbatal apabila terbaru NexG Bhd mengumumkan pembatalan MOU antara dua syarikat– Namun semua ini meninggalkan bau pengkhianatan yang jelas dan kritikan dari pelbagai pihak yang sedar tentang bahaya pada masa akan datang.
PENGUASAAN CLASSITA ➝ NEXG BINA: LOBI BERBILION UNTUK ECRL
Ogos 2025, Victor Chin mengarahkan NexG membeli 32.61% Classita Holdings Bhd (sebuah syarikat rugi) dengan harga RM76.78 juta dan menukar nama syarikat Classita kepada NexG Bina Berhad. Semuanya atas alasan memasuki sektor pembinaan dan pembangunan hartanah di Malaysia. Dari sebuah syarikat baju dalam Caely ke kontraktor pembinaan. Bagaimana Victor Chin melakukannya?
Tahun 2022 Victor Chin dan isterinya berjaya merampas Caely Bhd (tukar nama ke Classita) dan selepas menguasainya mengarahkan Classita Holding menggunakan tunainya membeli Kepayang Height ( KHSB) anak syarikat milik 100 % Harvest Capital Berhad dahulunya dikenali sebagai Vortex Consolidated Berhad ( HMSB) juga syarikat milik Victor Chin. Victor Chin menggunakan alasan menjual projek perumahan dan lot tanah KHSB Mukim Bentong Negeri Pahang seluas 7.97 hektar (kira-kira 857,884 pesta persegi / 19:69 ekar). Perjanjian jual beli itu bernilai RM 18.5 juta.
Ini strategi Victor Chin kuasai syarikat yang mempunyai tunai kemudian mengeluarkan duit itu untuk membeli aset syarikat yang dibelinya sebelum ini.

Hari ini NexG Bhd berjaya mengambil alih NexG Bina Bhd (Classita). Victor Chin melakukan perkara sama dengan NexG Bhd.
Semakan menunjukkan tujuan lain pembelian NexG Bina Bhd (Classita) ialah bagi melobi projek sambungan Seksyen D Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Pelabuhan Klang bersama konsortium WCT Holdings Bhd dan MMC Corp Bhd. WCT bergandingan dengan Lion Pacific Sdn Bhd dan anak syarikat NexG Bhd. Nilainya RM 2 bilion. WCT Holding syarikat bermasalah, MMC pula kroni Tun Dr Mahathir mungkin gagal mendapat projek itu.
Pembelian saham Classita pada ogos lalu juga menyebabkan saham NexG Berhad jatuh menjunam 30% kehilangan lebih setengah bilion ringgit daripada modal pasaran pada 11 Ogos 2025. Pelabur seolah-olah protes langkah beli kepentingan Classita bernilai RM77 juta itu. Sekali lagi Victor Chin berjaya memerah duit Nexg Bhd. Sebaliknya saham syarikat Classita yang sebelum ini dikuasai oeh Victor Chin dan isterinya melonjak 12.5%.
Bagi mengukuhkan kedudukan Victor Chin melantik Tan Sri Razarudin Husain Bekas Ketua Polis Negara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif (Non-Executive Chairman) NexG Bina Bhd (Classita) pada 12 Ogos 2025. Ia pasti memberi masalah kepada Tan Sri Razarudin memandangkan Classita Holdings disiasat PDRM sejak 2023 dan beliau ketika itu timbalan ketua polis negara.


KES CAELY (CLASSITA): SKANDAL RM30.3 JUTA MASIH TERGANTUNG
Bahaya mafia Korporat Victor Chin Boon Long
Isu mafia Korporat Victor Chin Boon Long bukan baru. Sejak didedahkan sejak tahun 2023 rampasan terhadap syarikat Caely (Classita Holdings). PDRM ketika itu mengesahkan menyiasat Mafia Korporat serta penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah lebih kurang RM30.7 juta dalam satu syarikat dikaitkan Victor Chin Boon Long iaitu Syarikat Caely Holdings Berhad (Classita) di bawah seksyen 409 kanun keseksaan, iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh ejen. Mungkinkah kes ini akan dibuka semula?
Ia susulan pendedahan The Corporate Secret pada 4 Mac 2023.
Sekalipun Fail forensik kes Classita Holding 9 (Caely) didedahkan namun Victor Chin sangat kebal ketika itu.
Jika selama ini Victor Chin menggunakan isteri mudanya Madam Chan Swee Ying sebagai proksi syarikat ini pada oktober 2024 Victor Chin muncul kembali dalam dunia korporat selepas menjadi Pengarah Eksekutif dalam dalam MMAG Holdings syarikat yang dikuasai bersama isterinya. Kembalinya dengan penuh rakus sehingga menguasai Datasonic Bhd (Nexg Bhd).
Ketamakan Datuk Hanifah Noordin pengasas Datasonic yang kini adalah Pengerusi Pengerusi dan CEO Nexg Bhd yang kini dikuasai Victor Chin bakal membahayakan syarikat pembuat kad pengenalan dan passport itu. Peletakan jawatan di syarikat dikuasai Victor Chin Boon Long mengundang banyak persepsi buruk terhadap NexG Berhad.

Terbaru Tan Sri Razarudin Husain Bekas Ketua Polis Negara meletak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif (Non-Executive) kerana sedar taktik kotor Victor Chin Boon Long.
Tindakan Tan Sri Razarudin Husain sangat tepat kerana ketika kes penyelewengan Classita Holding Bhd belum selesai siasatannya hingga kini pasti akan muncul kembali.
Tentu lebih malang jika siasatan pihak berkuasa akan dibuat kepada Nexg Bhd dalam tempoh terdekat. Ini pasti akan memalukan jika Victor Chin Boon Long dan isterinya Madam Chan Swee Ying ditangkap.
BACA FAIL VICTOR CHIN BOON LONG